!! Live.Love.Laugh !!

Monday, June 13, 2011

Si romantik Seth Tan buat wanita 1 Malaysia angau


Selain demam Kl Gangster , drama siri ‘Nora Elena’ turut memberi impak yang besar dalam industri seni tempatan, gara-gara lakonan romantik si Seth Than. Ayuh kita ikuti komen Aaron tentang bantahan agar menghentikan dilema wanita yang terpengaruh ketika menonton drama siri ini.

“Saya rasa bukan sahaja lakonan saya, skrip serta jalan cerita yang baik. Malah, ia adalah satu cerita cinta suci semata-mata. Tidak seperti drama melayu biasa yang penuh dengan cerita duka dan perebutan kuasa. Itu adalah perbezaan yang ada dalam Nora Elena ini dan mungkin kerana itulah masyarakat memilih untuk menonton drama ini.”

“Surat bantahan tersebut telah saya baca. Saya tahu itu adalah gurauan semata-mata. Tetapi jika ia sampai jadi isu yang besar , saya harap penonton tidak menyalahkan saya. Kalau mahu, salahkan novelis yang menulis novel tersebut, saya hanya pelakon yang mengikut skrip lakonan,” ujarnya sambil ketawa disebabkan lakonan Seth Than yang didakwa menjadi igauan setiap wanita.

Dikesempatan tersebut juga, Gua meminta komen secara peribadi pelakon serta model kelahiran Singapura ini tentang kewujudan lelaki seperti Seth di alam realiti ini.

“Masyarakat kadang-kadang tidak boleh membezakan bahawa apa yang ditayangkan di televisyen tidak sama seperti realiti. Dalam Nora Elena, Seth jadi romantik kerana dia ingin menebus kesalahan yang pernah dilakukan terhadap Nora. Dan ia adalah satu novel, karya imaginasi seseorang penulis. Saya rasa tiada lelaki yang sebegitu sempurna, yang sanggup bersabar dengan setiap perbuatan Nora Elena.”

Nora Elena boleh disaksikan di saluran TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 malam.

sumber : gua


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Wednesday, June 8, 2011

Rindu di Awan Biru - Meen Zulaikha

kredit pic to Nora Elena FC

***Sinopsis***
JANGANKAN berkahwin, bercinta pun Hanan tidak ingin. Menjadi seorang isteri tiada di dalam kamus hidupnya. Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia. Baginya, lelaki hanya tahu berpoligami, tapi tidak tahu menjadi ...suami.

Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki. Bernikah di Masjid Biru dan berbulan madu di Istanbul bagaikan suatu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tapi takdir menentukan dia bukan setakat menjadi seorang isteri, bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.

Akibat difitnah, Hanan diceraikan dengan talak tiga. Dalam pilu, dia diburu rindu. Dalam duka, dia mengharapkan bahagia. Sanggupkah dia Ĺ’bercina buta¹ untuk kembali ke pangkuan Akmal, sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya di dalam hidupnya?
note : novel terbaru yang aku beli..tetiba sekarang ni layan novel pula..
ingat nak beli lg jadikan koleksi la..hehe
ini disebabkan tengah gila menonton NORA ELENA kat TV3...haha
Novel KASIH YANG SUCI dah order online kat penulis MEEN ZULAIKHA..
tak sabar nak dpt sbb kira ekslusif sbb siap ada tandatangan Kak Meen lg kat novel tu.. dah cuba cri kat kedai2 buku tp dah laris semuanya kot..last2 dpt juga order online..syukur alhamdulillah...

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)
Related Posts with Thumbnails