!! Live.Love.Laugh !!

Wednesday, August 24, 2011

SMS tanda pengganti diri tanda ingatan kepada orang tersayang

24hb Ramadhan

Hari raya bakal menjelma...pada zaman sekarang kad ucapan semakin dilupakan. Teknologi mengubah manusia dan kita juga tidak terkecuali, jadi SMS lah pengganti diri tanda ingatan kepada orang yang tersayang. Kali ini majalah ERING ada menyediakan SMS yang mencuit hati sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Antara SMS yang sempat aku sediakan:-

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Anak Pak Mamat di cucuk duri,
di cucuk oleh anak Pak Jali,
puasa penuh Raya Aidilfitri,
kalau tak penuh rayalah Deepavali.

Salam, sebarkan kpd shbt muslim
akan hal ini. Telah dimaklumkan
melalui internet bahawa : AIR
SIRAP adalah berdosa diminum!!
Di siang hari Ramadhan...
SELAMAT BERPUASA

For things i did wrong,
For words which might hurt,
For jokes u can't take
& For advice u can't accept,
1001 apologies...
SELAMAT HARI RAYA & MAAF
ZAHIR BATIN

Roti sebuku petai sepapan,
Daun ketupat daun palas,
SMS pengganti kad ucapan,
Tanda ingatan tulus ikhlas.

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah AIDIL FITRI,
Nak hantar KAD RAYA posmen dah
cuti, SMS aje pengganti diri.
Maaf Zahir dan Batin,
Maaf dipinta jika ada keterlanjuran
kata BICARA

Ada kalanya mata salah melihat,
Mulut terlanjur bicara,
Hati berprasangka,
Janji terabai, Maaf Zahir dipinta...

Pasang pelita di Aidilfitri...
Nampak halaman berseri-seri...
SMS diberi pengganti diri...
Segala silap mohon dimaafi...

Ada ketikanya...MATA silap memandang,
TELINGA salah mendengar,
LIDAH terlanjur berkata,
FIKIRAN khilaf mentafsir & HATI
silap menduga. Mohon maaf atas
segalanya, Salam Aildil Fitri &
Maaf Zahir Batin.

ok..ini la antara yg dpt aku sediakan...jd harap dpt berkongsi dgn semua...

sumber : majalah ering 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR & BATIN


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Monday, August 15, 2011

Kuih Popia Ala Chef Mummy & Yoyo

15 Ramadhan

Nak tengok kuih popia ala chef mummy & yoyo...jeng..jeng..jeng...


Hari ni rajin nak buat kuih..tapi kuih popia je..senang & mudah disediakan...disebabkan perawan aku tu dah meningkat dewasa bw sekaki la ke dapur tolong mummy ni buat kuih...ehehhehe

memang la kalau masih kecil tu semuanya rajin nak buat..mcm aku juga dulu2..kecik2 suka ke dapur..tp bila dah besar susah yg amat nak ke dapur time masak..harap2 la anakku ni nda mengikut jejak langkah mummynya...huhuhu

sempat lg posing..peace
siap bungkus..ni la hasil dr kami
yg ni dah siap goreng
Komen hubby tadi..sedap & yang paling berselera Chef Yoyo la..dia kata sedap walaupun isi tu mummy cuma letak bawang merah, putih, udang kering & mixed vegetables ja...Yoyo tak suka makan sayur tp dia makan betul tadi...suka mummy & daddy tengok...mkin sebab dia ada kongsi buat kali kan...lain kali nak bawa dia lagi bila nak buat kuih...


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Sunday, August 14, 2011

Leya yang fobia bunga api

Leya
SUDAH namanya penyampai radio, bicara Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al-Yahya meletus bagai bertih goreng. Tanyakan apa sahaja, pasti dia tidak lokek untuk berkongsi, sementelah dia bukan jenis selebriti yang hidup seiring sensasi.
 
Mudah dibahasakan Leya, anak sulung kepada pasangan Syed Zainal dan guru lakon, Siti Fatimah Abu Bakar ini masih seperti Leya yang dikenali dulu, sama seperti ketika dia belum bergelar isteri kepada Muhammad Ashraf Aasimuddin serta ibu kepada pasangan kembar Aza Ameena dan Asha Ameena, 2 tahun.
“Saya macam dahulu juga, cuma perwatakan mungkin berbeza. Dah jadi mak orang,” katanya yang kini lebih banyak menghabiskan masa senggang bersama anak-anak.

Masih bertugas mengendalikan segmen Menu Muzik Hot FM setiap Isnin hingga Jumaat bermula pukul 11 pagi hingga 3 petang, Leya, 28, kini muncul sebagai ikon iklan Ramadan di TV9.

“Ini kali pertama kolaborasi TV9 dan Hot FM untuk menjayakan iklan Ramadan di TV9. Untuk projek berkenaan, saya dan AG (penyampai Hot FM) terlibat dengan dua iklan Ramadan yang sedang disiarkan dan dua iklan Syawal yang bakal menyusul tidak lama lagi.

“Saya seronok dengan iklan begitu, saya tertarik sebab ia tidak seperti bersyarah. Setakat ini, respons yang diterima sangat bagus dan Alhamdulillah,” katanya yang sudah agak lama tidak muncul dengan filem mahupun drama baru.


LAKONAN

Saya tidak pernah mengisytiharkan berhenti daripada berlakon. Drama terakhir lakonan saya mungkin Mencari Jannah yang disiarkan Astro tidak lama dahulu. Saya pernah membintangi filem Mukhsin dan Magika cuma saya bukan jenis yang seratus-peratus dengan lakonan, filem atau drama, bukan macam adik saya, Nani (Syarifah Amani). Saya lebih kepada muzik dan penyampai di radio.

KURUS

Saya rasa sihat begini tapi ada juga orang kata saya anoreksia. Berat saya mungkin 42 atau 43 kilogram tapi saya bukan jenis yang tak makan, mungkin penat dengan kerja dan anak-anak. Saya makan banyak tapi cuba kawal jenis-jenis makanan tertentu. Nak tahu, ukuran pingggang saya sekarang sekitar 66.25 sentimeter, saya bangga sebab itu ukuran semasa saya belum berkahwin, sampai suami saya makan hati dibuatnya.

BUNGA API ATAU MERCUN

Sekarang saya tak suka mercun atau bunga api. Bunga api dan mercun mengingatkan saya terhadap bahaya yang menakutkan. Fobia sebenarnya. Dahulu masa kecil-kecil, kami adik-beradik bersama sepupu-sepupu yang sebaya ada bermain bunga api, tiba-tiba api menyambarkan pakaian pada badan sepupu saya. Kami semua panik dan nasib baik kecederaan sepupu saya tidak teruk walaupun habis pakaiannya terbakar.

SI KEMBAR

Kedua-dua, Aza dan Asha sangat aktif dan tidak pernah duduk diam sebab mereka berdua, ada kawan untuk diusik dan bermain. Kalau di rumah atau di mana sahaja, memang mereka kena diawasi sebab, berbanding Azza, Asha jenis yang agak cemerkap, dia suka terlanggar apa sahaja.

PERSIAPAN RAYA

Sesungguhnya kami (saya dan Ashraf) bukan jenis yang gemar membeli-belah. Baju yang saya pakai ini pun (sambil menunjukkan baju kurung warna biru yang menyaluti tubuhnya) ialah baju yang dibeli pada tahun lepas. Kalau untuk raya, biasanya saya akan ambil masa satu hari sahaja untuk keluar membeli-belah, dan pulun beli semua yang dikehendaki.

sumber : kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Saturday, August 13, 2011

Aktres seksi Shu Qi terus menafikan bercinta dengan bekas kekasih

HONG KONG - Aktres seksi Shu Qi terus menafikan sekeras-kerasnya dia kembali bercinta dengan bekas kekasihnya, Wang Lee Hom.

Minggu lalu, media di Hong Kong menyiarkan gambar menunjukkan bintang filem tersebut memandu ke apartmen milik Lee Hom di Taiwan pada 30 Julai dan dilihat meninggalkan bangunan tersebut lewat petang.

Khabar angin lain dalam akhbar tabloid tempatan turut menyatakan Shu Qi dilihat berjalan berdua-duaan sambil berpegangan tangan dengan Lee Hom di New York pada bulan lalu. 

Namun, Shu Qi menafikan laporan-laporan tersebut dan meluahkan yang artikel tersebut memperdayakan pembaca.

"Cerita yang mereka tulis sungguh menarik! Sila beri tepukan gemuruh kepada mereka.

"Saya ke New York bagi menjalani pengambaran komersial. Mereka mengejar bayang-bayang nampaknya," katanya yang pernah bercinta selama tiga tahun dengan Lee Hom.

Tambahnya, dia berada di bangunan apartmen Lee Hom kerana melawat rakannya yang kebetulan menetap di bangunan yang sama.

Pengurus Lee Hom turut menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan Lee Hom sepanjang hari berada di studio rakaman pada hari tersebut. - Agensi


sumber : utusan malaysia 
Nota : minat dgn Shu Qi terutama aksi kat movie So Close


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Friday, August 12, 2011

Baju raya untuk Blackberry ku

Assalamualaikum & Selamat Malam semua...

Blackberry??? Ya...aku sekarang pengguna blackberry...akhirnya tercapai juga hajat nak guna blackberry kan..Jadi bila dah dapat tu rasa senyum ke telinga terus...hahahaha ( bongga mama kjap )

Aku pilih kaler hitam sbb nampak klasik & mcm eksekutif la sikit walaupun aku ni cuma suri rumah sepenuh masa...thanks to my hubby...kira upgrade juga la bini mu ni kan....miahahahahaha

sebelum berbaju
 tada

selepas - baju kaler PINK okeeee ( dr belakang )

( dr hadapan )
Macamana pun mmg pink juga la kan...hehehe...aku beli ni secara on9 kat facebook...sbb dah try cari kat kedai payah yg amat...kalau ada pun tak menepati citarasa langsung...

Aku beli ni dari Berry House kat sini mcm2 jenis BB & bermacam jgak jenis casing...nak yang hard case ada nak yang silicone pun ada...

Untuk baju BB aku tu aku ambik dr design OEM Silicone HOT PINK dengan harga RM20 belum masuk postage...aku pilih yg jenis silicone kira simple tp tetap sweet di mata aku tengok...

Kira mmg cantik2 la...macam2 ada...pilih2 ja ya...tak rugi pi tengok mana tau ada berkenan kan...nak yg plain, berbunga2, LV, Chanel, Coach, Ed hardy, Hello Kitty, Shoe Laces, Rabito (ala yg rabbit siap ada ekor bulu kat belakang tu), Embedded Rhinestones & Angry Bird pun ada...fuhhhhhhh!!! banyak kan...hari2 pun bole tukar baju tu...ehehhhe

Ba apa tunggu lg..jom terjah beramai2....yeahhhhhhh!!!


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Warna Tema Hari Raya

12 Ramadhan

Tengah berfikir warna tema baju untuk raya tahun ni...Tahun lepas dah ambik langkah berani dengan tema warna oren...Hubby cakap nak warna gold tahun ni tp masalahnya nak cri baju kurung dah siap warna gold tu payah la lain la baju melayu lelaki senang ja di cari...jadi cuba cadangkan kat hubby warna purple la memandangkan kami bertiga anak beranak belum pernah ada lg warna tema warna purple...

warna tema hijau tahun 2007
warna tema maroon tahun 2008
warna tema oren tahun 2010
Tahun 2009 tu klu tak silap warna pink tp tak terambik gambar tak tau la waktu tu sibuk pasal apa sampai bole terlupa nak ambik...Kalau dulu anak masih kecik senang lg nak belikan baju tp bila dia dah besar sikit ni..susah la memandangkan dia dah pandai nak pilih baju...

Dalam bulan 6 hari tu dah ada servay2 baju raya...Jalan2 la dah jumpa tempat baju yg cantik kira sedondon warna & fesyen baju tu kat kedai di suria sabah...harga pun nampak kira berpatutan...bg yg ramai anak tu lg best sbb baju kanak2 sedia dr umur 2 - 10 tahun kira boria la bila pakai tu....tp ttp cantik la...

Jadi bila hubby kata ok la warna purple tu...sekarang ni tgh sediakan list brg nak beli utk raya nnti..anak pun dah request nak minta beli kasut baru nak yg bertumit tinggi lg tu...aaiiiiiihhhhhhh...

Rasanya tak sabar nak shopping raya ni...dalam kepala ni dah terbayang2 beg & kasut baru..hahahaha


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Thursday, August 11, 2011

Setelah sekian lama menyepi...

Assalamualaikum & Selamat petang semua rakan2 blogger...

Setelah sekian lama menyepi...
Akhirnya aku kembali...ehehehhe

Sapa2 yang rindu dengan hot mama sila angkat tangan...hahaha
kesian la aku ni perasan sendiri..dah la tak femes..
Jadi sapa la nak rindu kan aku...miahahaha

Tapi memandangkan sikap rajin sikit ni mula timbul
nak update sikit blog terbiar ni..kesian aku tgk..

Memandangkan sekarag ni bulan puasa..
Belum terlambar kiranya aku mengucapkan 
'Selamat Berpuasa pada semua umat islam'
Hari ni dah puasa yang ke 11 kan...
Tak lama lg dah nak raya...
Kiranya sekarang ni ramai yg dah sibuk buat biskut raya..
Macam aku ni jenis yang nda pernah buat biskut
jadi biasanya beli ja la biskut kat pasar...hahaha
ia senang, mudah & jimat masa kan...ngee

Harap2 la semangat aku yang lama hilang dtg kembali...amin
Rasa rindu nak terjah semua rakan2 blogger yg lain...
Ok la..nak cuba follow rakan2 yg lain tu & blogwalking kunun ni...ngeh3
Bye...


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)
Related Posts with Thumbnails